Panasnya Hari Ini

Wajarkah Perhimpunan Tunjuk Perasaan Menjelang Hari Kemerdekaan? -PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan kewajaran bagi mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan yang telah dirancang oleh pihak tertentu.

Menerusi catatan terbaharunya di laman blog NajibRazak.com, beliau telah membindas tindakan penganjur yang mahu mengadakan perhimpunan tersebut di lokasi yang sama dimana sambutan hari kemerdekaan yang ke-58 akan berlangsung.

“Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-58.

“Namun, kita semua sedia maklum bahawa sebuah perhimpunan tunjuk perasaan telah dirancang untuk diadakan pada masa dan tempat di mana persediaan perarakan hari kemerdekaan akan dijalankan.

“Apakah wajar perhimpunan ini dijalankan pada masa dan tempat yang begitu hampir dengan hari kemerdekaan kita?,” soal beliau.

Meskipun beliau tidak menyatakan secara khusus berkenaan dengan perhimpunan tunjuk perasaan tersebut, beliau menegaskan bahawa pihak tersebut tidak seharusnya menjadikan sambutan hari kebangsaan berkenaan sebagai tempat untuk pertelingkahan politik.

“Jika mahu berhimpun sekalipun, pilihlah masa dan kawasan yang tidak mencetus satu provokasi. Walau apapun perbezaan pendapat atau fahaman di antara kita, hari kebangsaan tidak seharusnya dijadikan pentas perselisihan politik.

“Ianya hari di mana semua rakyat mengenepikan perbezaan dan sama-sama meraikan dengan penuh rasa patriotik dan cinta akan negara,” tegas beliau.

Tambahnya, pihak yang terbabit seharusnya sedar bahawa terdapat ramai pihak yang berhak menerima penghormatan dan penghargaan menjelang sambutan hari kemerdekaan ini.

“Daripada wira-wira negara yang pernah memperjuangkan kemerdekaan hinggalah kepada warga sekolah, pihak logistik dan seluruh kontinjen perarakan lain yang bertungkus-lumus membuat persediaan meraikan sambutan kemerdekaan tahun ini,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");