Sukan Hari Ini

Wenger optimis kemampuan Gunners

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger mahu pemain The Gunners tenang berdepan Chelsea dalam aksi Perisai Komuniti di Wembley, malam esok.

Mengikut rekod, Wenger tidak pernah menang dalam 13 pertemuan berdepan Jose Mourinho.

Disebabkan itu, Chelsea merupakan pasukan pilihan untuk merangkul trofi pertama musim baharu ini.

Bagaimanapun, Wenger tidak melihat statistik itu sebagai penentu kemenangan.

Jelasnya, dia optimis pemainnya mampu membuat kejutan dalam aksi itu nanti.

“Kami tahu kami boleh menjadi lebih baik dan kami akan bekerja keras dalam aksi itu nanti.

“Lupakan seketika Chelsea merupakan pasukan juara liga musim lalu. Perlawanan ini cukup berbeza,” katanya.

Musim lalu, Arsenal menjuarai Piala FA dan menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");