Sukan Hari Ini

Wenger puji aksi Cech

London: Petr Cech meremukkan hati Arsenal ketika karier gemilang bersama Chelsea namun dia membantu Gunners meraih kemenangan jarang sekali ke atas pasukan kendalian Jose Mourinho, kelmarin.

Penjaga gol berusia 33 tahun itu menghalang percubaan bekas rakan sepasukannya di Wembley ketika Arsenal merangkul trofi pertama musim Inggeris dengan kemenangan 1-0 pada perlawanan Perisai Komuniti.

Mengikat penjaga gol berkaliber sepertinya, terutama dari pasukan musuh utama adalah satu pembelian besar buat pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan pengendali Perancis itu pantas memuji pengaruh Cech pada penampilan kompetitif pertamanya bersama Gunners.

“Dia bertindak baik. Mungkin dia turut mempengaruhi pemain Chelsea kerana mereka berasakan untuk mengatasinya mereka perlu menjaringkan gol sempurna,” kata Wenger yang meraih kemenangan pertama ke atas pasukan kendalian Mourinho dalam 14 percubaan.

“Apabila anda mempunyainya, kadang kala anda mahu mencuba dengan bersungguh-sungguh.

“Ia berlaku terhadap Eden Hazard ketika dia berpeluang dalam kotak penalti,” ujar Wenger.

Kejayaan Cech mengawal pintu golnya daripada dibolosi adalah hari menggembirakan buat Wenger namun berkata, perlawanan sebenar bermula hujung minggu ini menentang West Ham United pada hari pembukaan Liga Perdana. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");