Panasnya Hari Ini

“Wujud Campur Tangan Dalam Siasatan 1MDB?” – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menimbulkan persoalan mengenai terdapat elemen campur tangan dalam peyiasatan 1MDB yang disifatkannya juga seperti ada campur tangan yang sedang mengganggu dan dilakukan secara kebetulan atau disengajakan.

Muhyiddin membangkitkan persoalan mengenai tindakan pembubaran pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

“Apakah sebenarnya yang berlaku dengan mereka yang sepatutnya menyiasat perkara itu? Saya diberitahu baru-baru ini bahawa tidak ada lagi. Ia seolah-olah seperti ada campur tangan yang sedang mengganggu. Adakah ini kebetulan atau adakah ia dilakukan dengan sengaja?.

“Bukan saya yang mempersoalkannya tetapi rakyat mahu tahu,” katanya.

Memetik sumber daripada Mstar, tambahnya lagi segala tindakannya itu adalah untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari semua dakwaan salah laku dan pada masa sama untuk menjaga imej parti dan negara.

“Hanya satu perkara sahaja yang saya lakukan adalah menyuarakan cadangan saya mengenai 1MDB dan RM2.6 bilion,” katanya ketika berucap sempena mesyuarat Umno Bahagian Kemaman semalam.

Ujarnya lagi, persoalan rakyat mengenai derma RM2.6 bilion memerlukan jawapan serta berhak untuk mengetahuinya.

“Rakyat berhak tahu. Bila mereka tanya saya, apa yang saya boleh katakan adalah saya tidak tahu. Rakyat mencari jawapan mengenai dari mana duit itu datang.

“Kalau derma itu untuk parti dan digunakan untuk pilihan raya umum ke-13, maka berapa banyak yang digunakan dan berapa bakinya,” soal bekas timbalan perdana menteri itu.

Mengulas pula laporan Wall Street Journal baru-baru ini, beliau turut bertindak menghantar mesej kepada Najib sebaik sahaja membaca artikel tersebut.

“Saya menghantar teks kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan mengenai perkara itu dan Perdana Menteri harus memberikan penjelasan terhadap andaian dan tohmahan terhadap beliau. Beliau jawab teks saya dan kata ‘terima kasih’ dan beliau akan meminta Peguam Negara untuk memberikan penjelasan. Ini yang beliau sebutkan pada saya,” katanya.

Tambahnya lagi sepanjang pembabitannya dalam kerajaan, beliau tidak pernah menentang Perdana Menteri dan dasar kerajaan melainkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");