Sukan Hari Ini

Yan Yee turut ke Olimpik Rio 2016

SELEPAS Pandelela Rinong, seorang lagi penerjun negara layak ke Sukan Olimpik Rio 2016.

Ng Yan Yee menempah tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu tahun depan selepas muncul dalam kelompok 12 penerjun terbaik acara 3 meter papan anjal individu sekali gus layak ke final.

Dalam saingan separuh akhir di Aquatic Palace, Kazan, semalam, Yan Yee terikat pada kedudukan ke-11 bersama penerjun Ukraine, Olena Fedorova selepas mengumpul 296.10 mata.

Saingan itu dikuasai atlet China menerusi Shi Tingmao dan He Zi selepas masing-masing menghimpun 381.90 dan 371.40 manakala penerjun Kanada, Jennifer Abel di tempat ketiga dengan 353.90 mata.

Terdahulu, Ng layak ke peringkat separuh akhir selepas menduduki tangga ke-12 dengan catatan 294.60 mata, manakala Nur Dhabitah Sabri terlepas peluang apabila hanya mampu berada di tempat ke-19 berikutan hanya 18 saja layak untuk mara. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");