Panasnya Hari Ini

Zahid Nafi Sekat Penggunaan Media Sosial

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKerajaan menafikan dakwaan akan menyekat penggunaan media sosial yang dikatakan akan bermula Selasa ini.

Memetik sumber Berita harian Online, beliau menegaskan telahpun mengarahkan pihak Polis menyiasat pihak yang terbabit menyebarkan kenyataan berkenaan perkara tersebut yang turut dikaitan dengan dirinya.

“Saya minta pihak berkenaan menarik balik dan saya serius mengenai perkara ini. “Jangan main-main dengan saya serta jangan buat fitnah terhadap pemimpin negara atau mana-mana parti,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kenyataan yang disebarkan melalui media sosial itu disifatkannya cuba merosakkan namanya seolah-olah beliau tidak memahami undang-undang.

“Saya tidak bagi amaran tetapi saya akan mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaa,” tegasnya ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bayan Baru hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");