Perak Hari Ini

Zambry Rasmi Pejabat MAAP Yang Baharu

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah merasmikan pejabat Majlis Ayahanda-Ayahanda Negeri Perak (MAAP) yang baharu di Lahat, malam tadi.

Zambry dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau mengharapkan agar semua ahli persatuan dapat bersatu dan tidak saling bertelingkah.

“Saya mengharapkan agar kita semua dapat bersatu…jangan berpecah belah kerana kita mempunyai satu matlamat yang sama.

“Berjanjilah kita tidak akan bergaduh, tidak akan berebut antara satu sama lain,”katanya.
2 (3)

Katanya lagi, ahli persatuan perlu bersatu dan mengelakkan persatuan yang dibina tidak runtuh walau apa jua cabaran dan dugaan yang dihadapi.

“Jangan biarkan perpaduan kita, kesatuan kita runtuh disebabkan dari orang dalam.

“Tujuan kita cuma satu, kita nak bawa keamanan kepada masyarakat kita,”ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan MAAP, Datuk Halim Ramlee berkata, majlis perasmian pejabat ini diadakan sekali dengan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh MAAP.

1 (8)

“Pada hari ini, selain daripada perasmian ibu pejabat MAAP yang baharu, kita adakan sekali majlis rumah terbuka Aidilfitri MAAP.

“Majlis ini turut dihadiri oleh ahli-ahli persatuan daripada seluruh pelusuk negeri Perak,”katanya.

Halim turut berharap agar ahli-ahli persatuan dan masyarakat dapat bersatu dalam menempuh apa jua cabaran yang tiba.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MAAP itu dihadiri oleh hampir 400 orang tetamu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");