Perak Hari Ini

1,000 Peserta Sertai Program Penerangan Dasar-Dasar Utama KPM

IPOH: Hampir 1,000 peserta yang terdiri daripada warga pendidik dari seluruh negeri Perak telah menghadiri Program Penerangan Dasar-dasar Utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Program selama sehari tersebut telah melibatkan golongan pendidikan tersebut terdiri daripada guru-guru dan pegawai daripada sekolah-sekolah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kolej Komuniti dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pengarah Pendidikan Negeri, Rozi Puteh Ismail berkata, program yang dianjurkan bersama dengan Kementerian Pendidikan tersebut bertujuan untuk memberi pemahaman kepada guru-guru berkaitan dengan dasar yang dilaksanakan diperingkat kementerian.

PERAK TODAY 1

“Matlamatnya adalah hendak memberi pemahaman yang lebih mantap kepada cikgu-cikgu mengenai apa yang sedang dilakukan oleh kementerian itu sendiri khususnya dalam kita menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program berkenaan yang diadakan di Hotel Casuarina @Meru di sini, hari ini.

Ujarnya, menerusi program berkenaan, para peserta akan didedahkan mengenai PPPM melalui tiga forum yang akan disampaikan oleh ahli panel jemputan dengan tajuk-tajuk yang menerangkan tentang dasar-dasar utama kementerian.

PERAK TODAY 3

“Peserta akan dimaklumkan mengenai pencapaian PPPM sehingga tahun 2014 dan juga bagaimana kita nak melangkah kehadapan untuk tahun 2016 sebab gelombang pertama PPPM akan berakhir pada hujung tahun ini dan kita akan menyambung untuk gelombang kedua.

“Sesi kedua pula menerangkan mengenai laluan pendidikan, mengenal pasti murid melalui pentafsiran psikometrik dan kita nak memartabatkan Pendidikan Teknologi dan Vokasional.

“Manakala forum yang ketiga pada petang ini pula akan menyentuh mengenai perkara pembelajaran abad 21 iaitu perkongsian amalan terbaik atau ‘best practices’ dan seterusnya ialah menerangkan kepada cikgu untuk melatih murid bagaimana nak berfikir secara aras tinggi (KBAT),” jelasnya.

PERAK TODAY 2

Sementara itu, beliau berkata, di Perak, pihaknya telah memberikan sepenuh kerjasama kepada kementerian untuk menjayakan PPPM di negeri ini.

“Kita memang bersama-sama dengan kementerian untuk menjayakan PPPM ini khususnya dalam gelombang satu iaitu memberi kemahiran utama kepada guru-guru, pentadbir dan golongan pendidikan, bagaimana nak menjayakan PPPM ini.

“Selain itu, kita juga menumpukan untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. Itu sebabnya kita guna slogan ‘Perak Excellent’ yang bertujuan apa sahaja yang hendak kita buat mesti cemerlang dan terbaik.

“Kita letakkan satu nilai yang tinggi dalam pemikiran dan juga pelaksanaan semua Pelan Pendidikan di negeri Perak ini bukan hanya peperiksaan sahaja… Apa sahaja yang dibuat hendaklah yang terbaik,” tambah beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");