Panasnya Hari Ini

19 PATI Ditahan Dalam Operasi “OPS Sapu”

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah berjaya menahan sebanyak 19 orang pendatang tanpa izin (PATI) yang melibatkan juga tangkapan daripada bahagian Imigresen Langkawi dalam satu serbuan “Ops Sapu” yang dijalankan semalam.

Operasi tersebut dilaksanakan di tiga lokasi berasingan di sekitar Alor Setar dan kesemua yang ditahan didapati tidak memilik maklumat dokumen pengenalan diri yang sah

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohamad Yusri Hashim, Operasi yang dijalankan bermula jam 4.40 petang itu telah membuat pemeriksaan ke atas 19 warga asing pelbagai warganegara di beberapa premis di sekitar Jalan Langgar, Jalan Menanti dan Shahab Perdana, Alor Setar.

Operasi berkenaan telah diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Yusrazif Wan Yusoh bersama 8 pegawai Imigresen.

Hasil pemeriksaan, pihaknya berjaya menahan 11 orang warga asing yang terdiri dari 7 lelaki warga Bangladesh yang ditahan di premis perniagaan di Jalan Langgar dan tapak pembinaan di Jalan Menanti bersama 3 lelaki warga Myanmar, manakala seorang wanita warga Indonesia ditahan di sebuah bilik sewa tingkat atas rumah kedai di Shahab Perdana.

Pemerikasaan lanjut juga mendapati wanita tersebut melakukan aktiviti tidak bermoral sebagai punca pendapatan dan menjadikan bilik yang disewa sebagai tempat melakukan aktiviti tersebut.

IMG-20150907-WA0004

Siasatan awal juga mendapati warga asing yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan Imigresen.

“Empat lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki warga Myanmar dan seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, disiasat mengikut Sek.6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pind.2002).

“Selebihnya 3 lelaki warga Bangladesh ditahan dan disiasat mengikut mengikut Per.39(b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan,” katanya.

Tambahnya lagi, kesemua yang ditahan berumur antara 20 hingga 42 tahun dan ditahan di lokap Imigresen, bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik di Sik.

Sementara itu, pemeriksaan turut dijalankan oleh unit penguatkuasa, Pejabat Imigresen Langkawi, yang di ketuai oleh Penolong Pengarah Imigresen S.Ravathi Sinnathamby dengan bantuan  8 pegawai iaitu lokasinya di Padang Mat Sirat.

Hasil pemeriksaan terhadap 23 warga asing yang terdiri dari warga Thailand, Myanmar dan Pakistan, mendapati 7 lelaki warga Myanmar berumur antara 20 hingga 27 tahun dan seorang lelaki warga Pakistan berumur 27 tahun berjaya ditahan.

IMG-20150907-WA0008

Semakan dan siasatan awal juga mendapati semua lelaki warga Myanmar tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan disiasat mengikut Sek.6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pind.2002)

Bagi lelaki warga Pakistan ditahan kerana kesalahan tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas lawatan dan disiasat mengikut Sek.15(1)(c) akta yang sama.

Kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Langkawi untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");