Jenayah

Kapak beliung hilang

Melaka: Pengumpul barangan antik Nordin Ali, 77, yang juga pengurus Rumahku Muziumku di Padang Temu, di sini, mendakwa kerugian lebih RM10,000 apabila puluhan koleksi dipamerkan di muzium mininya dicuri pengunjung sejak dibuka kepada orang ramai, 13 tahun lalu.

Dalam kejadian terbaru bulan lalu, kapak beliung miliknya dianggarkan berusia lebih 90 tahun hilang dipercayai dicuri ketika dia melakukan pemeriksaan menyebabkannya kerugian lebih RM500.

Menurutnya, seperti dalam kejadian sebelum ini, pengunjung yang tidak bertanggungjawab dipercayai mengambil peluang ketika dia atau isterinya Maznah Ali, 55, leka melayan pengunjung lain untuk mencuri koleksi barangan antik berkenaan.

Katanya, dia kini memiliki lebih 2,000 barangan antik dianggarkan bernilai RM1 juta yang menjadi buruan pengumpul barangan lama menyebabkan ada pengunjung mengambil peluang mencuri koleksi dipamerkan ketika berkunjung ke muzium mininya.

“Bagi saya, kerugian wang ringgit tidak begitu memberi kesan, tetapi yang dikesalkan kehilangan koleksi alat pemotong kayu berkenaan yang sukar dicari ganti.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");