Panasnya Hari Ini

86 Warga Asing Ditahan

GURUN: Seramai 86 orang warga asing telah ditahan dalam satu ‘Ops Bersepadu’ yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, semalam atas beberapa kesalahan.

Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam operasi yang dijalankan pada jam 2.55 petang itu, pihaknya telah memeriksa seramai 113 orang warga asing di Taman Permai Utama, di sini.

IMG-20150922-WA0008

“Hasil pemeriksaan kita, seramai 87 orang warga asing ditahan termasuk lelaki dan wanita yang terdiri dari 54 warganegara Myanmar, 17 (Indonesia) dan 15 (Bangladesh) yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 56 tahun.

“Seramai 72 orang daripada 87 warga asing yang ditahan tersebut tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

“Seorang lagi ditahan kerana tinggal lebih masa melepasi tamat tempoh pas lawatan dan akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(c). Manakala 14 yang lain akan disiasat mengikut Peraturan 39 (b) kerana kesalahan melanggar syarat pas lawatan,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di sini, hari ini.

IMG-20150922-WA0011

Katanya, semasa operasi dilakukan, beberapa lelaki warga Myanmar dan Bangladesh didapati sedang menyembunyikan diri di atas siling dan tangki air di kawasan penempatan mereka.

Tambahnya, seorang lelaki warga Myanmar pula cuba melarikan diri dengan terjun dari bumbung sebaik menyedari pihak berkuasa sedang membuat pemeriksaan.

IMG-20150922-WA0007

“Cubaan untuk mereka bersembunyi dan meloloskan diri gagal apabila pihak berkuasa mengepung di sekitar lokasi.

“Semua warga asing yang ditangkap bekerja sebagai buruh binaan di tapak pembinaan tersebut,” jelasnya.

Ujarnya, kesemua yang ditahan kini berada di lokap imigresen di bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Ops Bersepadu yang dilakukan semalam turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia, Unit Pencegah Penyeluduan dan RELA yang disertai oleh 32 Pegawai Imigresen.

IMG-20150922-WA0012

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");