Sukan Hari Ini

Adam, Nazim permata go-kart

Kuala Lumpur: Malaysia dijangka tidak ketandusan pelumba berbakat dalam sukan permotoran apabila Adam Haikal, Adam Khalid dan Nazim Azman berjaya memberi tentangan hebat dalam saingan sulung go-kart Piala Asia 2015 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu lalu.

Walaupun kelima-lima perlumbaan dikuasai pelumba Australia, Jordan Love, setidak-tidaknya Adam Haikal berjaya menaiki podium (tempat ketiga) untuk perlumbaan ketiga dan keempat.

Perlumbaan Piala Asia yang memasuki musim ketiga dianjurkan oleh MERITUS GP adalah program paling berjaya untuk mencungkil bakat pelumba muda sebelum beraksi di perlumbaan di kelas lebih tinggi pada masa akan datang.

Menurut Adam Haikal, perlumbaan Piala Asia sangat mencabar tetapi dia berasa teruja dapat bersaing dengan pelumba lain termasuk dari negara lain seperti Australia, Kenya, Korea Selatan dan Kazakhstan.

Adam Haikal sekarang ini menjadi pelumba terbaik Malaysia dengan menduduki tempat keempat keseluruhan di belakang Love (104), Andrew Kim dari Korea Selatan (65) dan Jeremy Wahome dari Kenya (50).

Sementara itu, Nazim yang menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan kelima menduduki tempat keenam keseluruhan dengan mengumpul 36 mata, diikuti Adam Khalid 32 mata.

Perlumbaan Piala Asia ini mendapat diluluskan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan mula diperkenalkan sejak 2013 dengan kebanyakan bekas pelumba sudah beraksi dalam kategori lebih tinggi termasuk Formula Masters.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");