Sukan Hari Ini

AFC kecewa

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal berdepan hukuman berat daripada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) berikutan aksi memalukan ditimbulkan penonton pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Penonton bertindak ganas membaling suar berwarna oren ke padang ketika Harimau Malaya ketinggalan 2-1 semasa saingan berbaki dua minit.

Kekecohan itu menyebabkan semua pemain kedua-dua pasukan bersama pegawai mereka lari bertempiaran ke bilik persalinan untuk menyelamatkan diri dari terkena suar yang terbang di sekeliling stadium.

Presiden AFC, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifu berkata, mereka `sangat mengambil berat’ dan menyokong sebarang siasatan dilakukan oleh Fifa.

“AFC kecewa dengan kekecohan yang berlaku pada Selasa itu dan menekankan betapa ia sangat mengambil serius terhadap kekecohan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

FAM kini menanti keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berhubung kekecohan dilakukan sekelompok penyokong Malaysia.

Difahamkan, seramai 11 orang ditahan sejurus selepas insiden berkenaan.

Minggu lalu, FAM dibelasah teruk penyokong dan kerajaan selepas skuad bola sepak negara dibelasah 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, Khamis lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");