Jenayah

Akibat panas baran, lelaki meringkuk di penjara

KUALA TERENGGANU: Akibat panas baran seorang abang terpaksa meringkuk dipenjara selama dua tahun setelah memukul adik lelakinya menggunakan sebatang besi di kediaman mereka di Kampung Sungai Rengas, di sini, Julai lalu.

Ahmad Rizal Kassim, 35, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, apabila dia mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas adiknya, Ahmad Syafiq Syakirin Kassim, 18.

Dia yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mencederakan mangsa di kediaman mereka di Kampung Sungai Rengas, di sini, pada 9 Julai lalu, lebih kurang jam 6 petang.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, lebih kurang jam 6 petang, pengadu, 28, yang berada di rumah di Kampung Sungai Rengas, di sini, telah dapati adiknya (mangsa) dipukul abangnya (Ahmad Rizal) menggunakan sebatang besi sehingga cedera di bahagian belakang telinga sebelah kiri.

Pengadu yang bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarga lain mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Chabang 3, jam 6.51 petang, hari sama kejadian.

Bagaimanapun, Ahmad Rizal berjaya ditangkap pada 11 Julai lalu, lebih kurang jam 12.40 pagi, setelah menyembunyikan diri selama tiga hari sebaik mengetahui dirinya diburu polis.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");