Perak Hari Ini

Alahai Anak Omak Muncul Johan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2015

IPOH: Kumpulan Alahai Anak Omak dinobatkan sebagai johan bagi Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2015 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Trio dari Negeri Sembilan yang dibarisi oleh Noorhisyam Razali, Mohd Norhafifi Zolkiaply dan juga Muhamad Noriman Mustafa Al Bakry yang membawa kisah bertajuk ‘Tun Abdul Razak: Sebuah Cerita Negara’ telah menewaskan 15 kumpulan dari negeri-negeri lain yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Kemenangan itu membolehkan kumpulan tersebut membawa pulang wang tunai berjumlah RM6,000, piala pusingan Setia Budi, piala iringan dan sijil penyertaan.

PERAK TODAY 8

Bagi tempat naib johan pula telah dimenangi oleh Penang Opera dari Pulau Pinang yang dibarisi oleh Noor Rizuwan Zolkepli, Nurul Fathin Rahman dan juga Mazlan Mat Razi yang menampilkan pengisahan yang bertajuk ‘Rentap Pahlawan Sarawak: Sejarah Yang Berlagu’ dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, piala iringan dan juga sijil penyertaan.

Manakala Lentera Jauhar dari negeri Johor pula telah mendapat tempat ketiga dengan menceritakan pengisahan bertajuk ‘Tunku Muhamad Saad – Seorang Patriot’ yang memenangi wang tunai berjumlah RM4,000, piala iringan dan juga sijil penyertaan.

11 lagi kumpulan yang turut menyertai pertandingan tersebut tidak pulang dengan tangan kosong dan telah menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai RM2,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

PERAK TODAY 9

Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal; Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Zafri Yusoff dan juga Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Noorhisyam Razali berkata, pemilihan Tun Abdul Razak untuk dikisahkan adalah melihat kepada jasa dan pengorbanan tokoh itu sendiri dalam membangunkan negara.

“Kita singkap dan ungkap tentang cerita tokoh yang cukup terulung bagi kami. Kami hendak menyampaikan mesej ini kepada seluruh rakyat Malaysia betapa hebatnya dan ulungnya jasa yang ditumpahkan oleh Tun Abdul Razak.

PERAK TODAY 3

“Kami sampaikan secara santai untuk memikat anak muda bagi memahami sejarah, sumbangan dan juga peranan Tun Abdul Razak semasa pemerintahan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini, hari ini.

Noorhisyam bersama dua lagi rakannya bukan hanya menumpukan terhadap kemenangan semata-mata tetapi juga mahukan perkara tersebut tersalur kepada semua rakyat Malaysia terutamanya golongan muda supaya generasi tersebut turut menghayati dan mahu mendalami sejarah itu sendiri.

Dalam pada itu, peserta dari kumpulan Penang Opera, Noor Rizuwan Zolkepli pula berkata program sebegitu harus diteruskan khususnya bagi golongan pelajar dalam mendalami kisah tokoh-tokoh yang belum pernah diketahui

“Program ini harus diteruskan untuk menyemai rasa cinta terhadap negara khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah bagi mengenal lebih banyak tokoh-tokoh yang mungkin belum pernah kita tahu cerita mereka,” ujarnya.

PERAK TODAY 1

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam ucapan perasmiannya juga menyoal sejauh mana masyarakat pada hari ini mengetahui mengenai sejarah pembangunan negara.

“Berapa ramai yang mengetahui mengenai persekutuan Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963.

“Sejauh mana kita menghayatinya, siapa tokoh-tokoh mereka dan mengapa ia dipanggil Malaysia? Inilah yang perlu kita hayati bersama-sama.

“Agar masa depan kita, insyaallah akan terbentuk sebuah masyarakat yang mempunyai kesatuannya atas nama Sehati Sejiwa seperti mana yang kita jadikan tema sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini,” tegasnya lagi.

PERAK TODAY 6

Beliau juga menyeru agar semua peringkat lapisan masyarakat khususnya generasi muda untuk menghayati sejarah sehingga terbentuknya sebuah negara yang dinamakan Malaysia.

“Saya menyeru kepada anak-anak sekalian, generasi muda termasuk saya mengingatkan diri saya untuk kita kembali sentiasa menghayati, membaca, menelaah semula sejarah perjalanan sehingga membentuk sebuah negara bangsa yang besar yang kita namai Malaysia hari ini,” tegasnya.

PERAK TODAY 4

PERAK TODAY 2

PERAK TODAY 5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");