Panasnya Hari Ini

AMANAH Tolak Ideologi Ketuanan Melayu-Islam

Foto:- mstar

KUALA LUMPUR: Parti politik baharu, Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan tegas akan menolak sebarang ideologi ‘nasionalisma Muslim’ atau semangat ketuanan Melayu-Islam yang mengkhususkan Islam hanya untuk kaum tertentu sahaja.

Kenyataan itu dibuat oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu supaya parti politk yang dipimpinnya itu lebih bersifat terbuka.

Menurut laporan yang dipetik daripada Mstar, AMANAH akan dilihat bersifat lebih terbuka dan mengamalkan konsep toleransi dengan semua kaum tanpa mengira agama dengan menolak ideologi itu.

“Sangat mengelirukan jika konsep politik Islam bergandingan dengan badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik yang mengangkat agenda dan fahaman Melayu-Islam.

“Lebih parah jika konsep ketuanan bangsa ini menganggap kaum yang berlainan budaya dan agama sebagai musuh,” katanya.

Jelasnya lagi, jika konsep ketuanan Melayu-Islam terus dipraktikkan, ianya akan memberi gambaran seolah-olah Islam atau Melayu akan ditekan oleh kaum dan penganut agama lain.

“Kononnya negara akan dikristiankan dan kaum Cina berpakat bagi menjatuhkan kuasa politik orang Melayu.

“Lantas diserunya kesatuan Melayu bagi menyelamatkan masa depan Melayu,” jelasnya.

Mohamad Sabu turut menegaskan bahawa Islam perlu dilihat sebagai sebuah sistem untuk memberi keadilan dan kesejahteraan kepada semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

“Perlu ditegaskan bahawa Islam mesti ditampilkan sebagai sebuah sistem untuk memberi keadilan dan kesejahteraan merentasi kaum, agama dan budaya,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");