Panasnya Hari Ini

Anina Mohon Mahkamah Bekukan Aset Najib

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin pada hari ini telah menfailkan beberapa tuntutan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah membekukan akaun bank milik Najib.

Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik di laman Facebook beliau, Anina Saadudin, beliau telah menfailkan tuntutan tersebut melalui peguamnya Tetuan Haniff Khatri.

Anina menuntut supaya Najib tampil menjelaskan secara terperinci derma politik berjumlah RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau dan mengembalikan baki wang tersebut kepada UMNO.

“Saya memohon antara lain supaya mahkamah membekukan penggunaan pelupusan ataupun nilai sebarang aset Najib Razak yang berada di dalam bidang kuasa Mahkamah Malaysia setakat nilai USD 650 juta sehingga tuntutan saya dibicarakan.

Anina turut menyatakan aset yang dimiliki oleh Najib iaitu kediaman Perdana Menteri itu di alamat No 11 Jalan Langgak Duta, Off Taman Duta, Kuala Lumpur.

“Saya juga di dalam permohonan yang sama memohon perintah untuk Najib Razak membuat pendedahan bersumpah melalui afidavit untuk membutirkan aset Najib Razak yang berada di dalam atau di luar bidang kuasa Mahkamah Persekutuan samada di atas Najib Razak ataupun mana-mana pihak lain yang memegang atas amanah Najib Razak untuk dilakukan dalam tempoh 10 hari dari tarikh perintah mahkamah,”katanya.

Anina turut menuntut supaya mahkamah dapat memberikan penghakiman kepada UMNO berhubung Najib melibatkan salah satu daripada relief yang telah dinyatakan dalam tidnakan pecah amanah Najib.

“Ianya melibatkan pembutiran akaun tentang penerimaan atau penggunaan semua wang yang telah atau bila-bila masa tersimpan dalam akaun nombor Ambank Private Banking 2112022009694 yang dimiliki oleh Najib.

“Saya serahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan mahkamah untuk menilai dan membuat penghakiman yang perlu,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");