Panasnya Hari Ini

Anina Saman Tengku Adnan, Mohon Surat Pemecatan Dibatal

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat,  Anina Saadudin hari ini telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Melalui writ samannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anina turut memohon agar dua surat pemecatannya yang dikeluarkan kedua-dua pemimpin tersebut tidak sah dan terbatal.

Anina memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Haniff Khatri.

Beliau turut memuatnaik kenyataan akhbarnya melalui laman Facebook beliau, Anina Saadudin.

12004070_1686677364900225_852452664169550580_n (1)

Menurut laporan yang turut dikeluarkan oleh portal berita Free Malaysia Today, Anina turut mengulas berkaitan saman yang dilakukannya.

“Saya bukan anai-anai yang hendak merosakkan parti. Saya hanya hendak mempertahankan UMNO daripada dimusnahkan oleh ‘KuMan Lapuk’ seperti Ku Nan (Tengku Adnan) yang bersekongkol dengan Najib dalam membuat salah laku,” tegasnya.

Beliau turut berharap agar tindakan yang diambilnya ini akan membawa perubahan dalam UMNO.

“Saya mengharapkan tindakan saman ini akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan bagaimana UMNO itu ditadbir sebagai sebuah parti bangsa Melayu dan bukannya parti kepada individu-individu tertentu yang memegang kuasa tertinggi.

“Ahli-ahli UMNO perlu dihormati kerana merekalah tulang belakang parti,”ujarnya.

Terdahulu, Anina telah menerima dua  surat pemecatan beliau sebagai ahli UMNO pada 1 dan 2 September lalu kerana melanggar Perlembagaan parti tersebut.

Tindakan tersebut diambil selepas beliau bertindak membawa Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke mahkamah berhubung isu ‘derma’ RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");