Jenayah

Anjang, Shap & Apek dah kena tahan

Shah Alam: Tiga lelaki yang dikehendaki polis dalam insiden rusuhan bola sepak di Stadium Shah Alam minggu lalu ditahan polis di Klang, Banting dan Shah Alam petang semalam.

Mereka ialah adik-beradik iaitu Anjang dan Shap serta penjaga kedai dikenali Apek.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata,Anjang, 31, ditahan di Klang kira-kira jam 5 petang manakala Apek, 27, ditahan di sebuah kedai di Seksyen 13, Shah Alam pada 5.30 petang.

Katanya, abang Anjang iaitu Shap, 33, ditahan di pekarangan Balai Polis Telok Panglima Garang Banting pada 6 petang semalam.

“Tangkapan ini dibuat selepas pasukan siasatan khas polis Shah Alam melancarkan operasi memburu mereka hasil maklumat awam dan risikan.

“Polis turut merampas telefon bimbit daripada Shap bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiganya akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Dalam perlawanan antara skuad Harimau Malaya dan Arab Saudi pada Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 Selasa minggu lalu 11 orang ditahan pada hari kejadian disusuli enam orang beberapa hari kemudian.

Perlawanan itu terpaksa dihentikan pada minit ke-88 selepas berlakunya kekecohan termasuk kejadian membakar suar dan mercun di padang.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");