Panasnya Hari Ini

Anwar Fail Saman RM70 juta Terhadap NST, Tiga Individu

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memfailkan saman berjumlah RM70 juta terhadap New Straits Times (NST) dan tiga individu lain berhubung penerbitan media yang dikatakan bertindak menuduh beliau terlibat dalam penggubahan wang haram.

Selain itu, Anwar turut memohon ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain yang difikirkan wajar oleh pihak mahkamah.

Saman tersebut telah difailkan pada 20 Ogos lalu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Anwar mendakwa artikel yang dikeluarkan oleh NST terhadapnya telah menuduh beliau bersifat tidak profeesional, mengamalkan rasuah, tidak jujur, mengambil kesempatan terhadap orang ramai, terlibat dalam penetapan dalam bidang kehakiman dan menyembunyikan aset dan akaun bank beliau.

Artikel tersebut telah dikeluarkan oleh NST dalam keluaran bertarikh pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.

Antara yang disaman adalah peguamnya, Ranjit Singh Dhillon (RM10 juta), wartawan Looi Sue Chern (RM5 juta) dan Adrian Lai (RM5 juta) serta NST Press Bhd (RM50 juta).

Ranjit disaman kerana didakwa telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Anwar juga mendakwa bahawa tertuduh telah menfitnah beliau membayar kepada mendiang Karpal Singh sebanyak RM50 juta, terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, merasuah pihak hakim dan pendakwa selain daripada menggunakan Majlis Peguam demi kepentingan politiknya.

Terdahulu, Anwar telah membuat satu laporan Polis berhubung dakwaan yang mendakwa beliau telah bertindak membayar sebanyak RM50 juta kepada Karpal dan memberi rasuah kepada pihak hakim dan pendakwa.

Anwar, melalui peguamnya S Raveentharan, telah menghantar notis undang-undang kepada semua defendan pada 30 Julai lalu, tetapi kesemua mereka gagal untuk memohon maaf kepadanya.

Peguam Ranjit, Baljit Singh berkata, keempat-empat tertuduh akan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dalam minggu ini, selepas kes itu disebut di Mahkamah Tinggi.

Sue Chern, Adrian Lai dan NST diwakili oleh Umi Farhana Nasir Raja Reza & Co.

Menurut laporan media portal itu juga, Anwar turut meminta kepada pihak mahkamah supaya kesemua tertuduh memohon maaf secara terbuka dan menarik semula tuduhan yang dilemparkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");