Panasnya Hari Ini

‘Baju Merah’ Mungkin Sertai Himpunan Hijau Oktober Ini

KUALA LUMPUR: ‘Baju Merah’ berkemungkinan akan menjadi seteru atau kawan kepada peserta himpunan ‘baju hijau’ pada Himpunan 60 Ribu (H60K) yang dijangka akan diadakan pada 17 Oktober depan.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata, beliau berkemungkinan akan menggerakkan ahlinya ke H60K anjuran PAS di Kelantan kelak.

Katanya, beliau akan menyokong himpunan tersebut sekiranya objektif perhimpunan tersebut adalah untuk menyatukan orang Melayu di Negara ini.

“Saya ada terbaca artikel yang mana PAS akan berhimpun. Kalau kami yakin dengan manifesto mereka iaitu untuk bawa penyatupaduan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan, kami akan menyokong mereka,” katanya, memetik laporan The Rakyat Post.

Katanya lagi, beliau dan ahli ‘baju merah’ akan turut serta bersama-sama berhimpun dalam himpunan hijau yang bakal diadakan itu di Stadium Kota Bharu Kelantan pada bulan hadapan jika ianya tidak melanggar perlembagaan.

“Kita akan turun sekali bersama mereka asalkan tak lari daripada perlembagaan. Tak ada masalah,”ujarnya.

Jamal yang juga pencetus himpunan baju merah pada minggu lalu turut mengakui bahawa beliau seorang yang bersifat perkauman tetapi ‘perkauman yang berlandaskan Perlembagaan’.

“Kita tak ada masalah, nak kata kita rasis ke apa. Saya mengaku saya rasis tetapi rasis saya mengikut Perlembagaan yang telah ada. Saya pertahankan hak kita.

“Orang Melayu kena rasis dengan bangsa dia sendiri tetapi dengan mengikut kontrak sosial. Kita tak tuntut lebih, kita pertahankan hak kita,”tegasnya.

Terdahulu, Jamal turut berkata bahawa Himpunan Rakyat Bersatu yang telah diadakan pada 16 September lalu membuktikan bahwa orang Melayu mampu bersatu demi mempertahankan agama bangsa dan tanah air.

Jamal mendakwa, himpunan tersebut berjaya menghimpunkan lebih 200,000 orang di Kuala Lumpur, namun bagaimanapun kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis menyatakan bahawa himpunan tersebut sekadar berjaya mengumpul sekitar 50,000 orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");