Membawang Hari Ini

Bantu artis kurang bernasib baik

Di setiap kesusahan membabitkan golongan artis dan kelompok masyarakat yang kurang bernasib baik, pasangan suami isteri, Jepp Saly dan Mearychu Abdullah pasti akan membantu.

Pasangan prihatin ini pernah menganjurkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir pada Disember lalu. Kali ini mereka kembali beramal menerusi program Jelajah Jualan Amal Selebriti yang akan berlangsung di Selayang Mall, Selangor pada 4 hingga 6 September ini.

Dalam program anjuran syarikat mereka, Trans Malaya Borneo ini, pengunjung akan dapat menyaksikan persembahan artis selain membeli pelbagai koleksi peribadi yang dijual oleh selebriti yang mengambil bahagian.

Selaku Pengurus Besar TMB, Jepp Saly berkata, syarikatnya yang terbabit dalam penganjuran acara serta menerbitkan drama, amat prihatin dengan nasib segelintir golongan artis yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“TMB sudah lima tahun ditubuhkan dan sepanjang tempoh itu kami menyaksikan turun naik seseorang artis. Justeru kami menganjurkan program ini bertujuan membantu artis yang kurang bernasib baik.

“Pada masa sama, kami turut mengambil kira golongan wartawan yang banyak berjasa kepada dunia seni yang kini mempunyai masalah kesihatan dan akan turut menyumbang kepada mereka.

“Kami akan membantu Penyunting Eksekutif Harian Metro, Efindi Baharuddin yang kini menghidap barah serta jurugambar Utusan Malaysia, Ghazali Basri yang mengalami strok,” katanya yang sudah mempunyai senarai artis yang perlu dibantu.

Menurutnya lagi, 20 artis sudah menyatakan persetujuan untuk terbabit pada program di Selayang Mall nanti.

“Siri jelajah ini tidak akan berhenti di sini kerana akan diteruskan lagi ke Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak pula,” katanya.

Mearychu sebagai Pengarah Eksekutif TMB pula memberitahu, penganjuran ini dibuat sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

“Kami memang terpanggil untuk membantu golongan artis. Jadi, program lelongan jualan amal ini adalah cara terbaik untuk kami mencari dana. Kalau boleh kami nak bantu sama rata buat pihak yang memerlukan.

“Secara jujurnya, saya bercadang menghulurkan bantuan kepada pelakon Karim Latiff, tapi dia ditakdirkan meninggal dunia pada 18 Ogos lalu. Namun, kami tetap akan bagi sumbangan kepada keluarganya.

“Apa yang dibuat bukan untuk kepentingan peribadi. Artis yang terbabit dalam program ini hanya perlu membayar RM70 sebagai sumbangan, manakala hasil jualan jadi milik mereka sepenuhnya.

“Cuma kami bersyukur kerana mendapat penajaan beberapa pihak seperti Wan Norazlina Wan Zainal dari syarikat Adeyna Alaika. Kami tak fikirkan keuntungan dan hanya fikirkan kerja amal. Diharap ramai lagi pihak melakukan seperti yang kami buat,” katanya.

Kata Jepp pula, bukan mudah untuk mereka mendapat lokasi kerana ada sesetengah pemilik kompleks beli-belah tidak memberi kebenaran.

“Agak sukar untuk mendapat kerjasama tapi kami gembira kerana ada juga yang sudi membantu. Program kami akan diadakan di Kampung Morten, Melaka pada Oktober dan selepas itu ke Plaza Angsana, Johor. Ia akan berlangsung dua minggu sekali.

“Untuk Kuala Lumpur, kami masih berbincang dengan pengurusan sebuah kompleks beli-belah terkenal. Artis yang terbabit untuk siri pertama ialah Adira dan kakaknya, Emma; Khaty Azean, Zack Taipan, Ani Mayuni, Keena Mentor dan ramai lagi.

“Kami mengakui agak susah untuk mendapatkan kerjasama artis popular. Pelbagai alasan diberikan apabila diajak terbabit dengan program sebegini,” katanya.

Sementara itu, seniwati Mariani Ismail berterima kasih kepada Jepp dan Mearychu yang banyak membantu serta membuka peluang buatnya terbabit dalam program ini.

“Saya akan melelong 30 pakaian koleksi peribadi pada hari itu. Selain itu, saya juga berharap majlis ini akan dapat sambutan dan berjalan lancar.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");