Isu Panas

Bekas wakil rakyat kena letak jawatan

SHAH ALAM – Bekas ahli Pas yang memenangi kerusi Dun serta Parlimen perlu meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara ini perlu dilakukan berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu.

“Mana-mana ahli Pas yang memenangi kerusi Dewan Negeri dan Dewan Rakyat atas tiket Pas tetapi menyertai parti lain, mereka perlu meletakkan jawatan sebagai berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh mereka.

“Bai’ah ialah satu dokumen ‘Akujanji’ oleh ahli yang bakal menjadi calon wakil rakyat mewakili Pas supaya setia dengan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Walaupun dari segi undang-undang bekas ahli parti itu masih sah menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing, menurut beliau, mereka perlu meletakkan jawatan kerana mereka telah menandatangani bai’ah tersebut.

Katanya, individu ini perlu meletakkan jawatan kerana ini adalah satu tanggungjawab moral.

“Mereka masih lagi sah menjadi wakil rakyat. Tetapi, sekiranya mereka bermoral, mereka perlu meletakkan jawatan.

“Sekiranya tidak meletakkan jawatan, mereka mengakui bahawa elaun yang mereka ambil ini adalah haram. Itu adalah dari segi agama dan mereka perlu mempertimbangkan perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin mengesahkan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil kepada mana-mana ahli parti yang keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Beliau berkata, ia berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan Pas iaitu keberhentian ahli Pas adalah disebabkan oleh tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

“Jadi, sekiranya mana-mana ahli parti yang menyertai Parti Pekerja Malaysia, maka secara automatik, mereka bukan lagi ahli Pas,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");