Panasnya Hari Ini

Bersih 4.0 Lebih Kotor – Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menerusi twitternya hari ini menjelaskan kekotoran yang dilakukan perhimpunan ‘baju merah’ adalah berbeza sama sekali berbanding dengan keadaan demonstrasi Bersih 4.0 sebelum ini.

Ujarnya, tiada  penemuan ‘bau busuk air kencing’ dikesan dalam timbunan sampah di Kuala Lumpur selepas perhimpunan ‘baju merah’ diadakan pada Rabu, tidak seperti yang berlaku pada demonstrasi Bersih 4.0 sebelum ini.

“Ya, ada sampah. Tetapi tidak seperti demonstrasi Bersih, kali ini bau busuk air kencing tidak dikesan,” tulisnya.

Tambahnya lagi bil pembersihan juga akan dihantar kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu untuk diselesaikan.

“Saya baharu sahaja bercakap dengan pihak Alam Flora untuk memberikan saya berapa kos pembersihan. Mereka sedang memuktamadkan jumlahnya. Bil itu akan dihantar kepada penganjur demonstrasi ‘baju merah’,” katanya.

Terdahulu, laman sosial Abdul Rahman menerima pelbagai pertanyaan daripada orang ramai meminta penjelasan sama ada beliau akan menyerahkan bil pembersihan kepada penganjur perhimpunan baju merah kali ini.

Terdapat juga lampiran gambar-gambar sampah yang dibuang di sekitar ibu negara, semasa dan selepas perhimpunan itu buat diberikan kepada beliau.

Jelasnya lagi, seperti juga Bersih 4.0 sebelum ini, beliau akan menunggu sehingga kos itu dikira dan kemudian mengumumkannya kepada pihak penganjur.

Terdahulu, pihak penganjur Bersih 4.0 diarah supaya menjelaskan bil pembersihan sebanyak RM65,000 yang merupakan kos bagi pembersihan di kawasan-kawasan yang digunakan peserta semasa perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");