Panasnya Hari Ini

BERSIH 4: Ahli UMNO Jangan Ikut Perbuatan Mahathir – Azalina

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman menasihatkan ahli UMNO di setiap bahagian supaya tidak mengikut langkah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang betindak menyertai perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Azalina berkata, tindakan yang dilakukan oleh bekas Presiden UMNO itu telah memberikan contoh yang tidak baik kepada ahli UMNO di peringkat akar umbi.

“Bagi saya, tindakan Dr Mahathir itu mendukacitakan. Seolah-olah marahkan nyamuk, kelambu pula dibakar,”katanya selepas Majlis Pelancaran Expo Filem Malaysia, di sini,hari ini.

Kata beliau lagi, perbuatan Tun Mahathir seolah-olah menunjukkan apabila seseorang itu tidak lagi menjadi pemimpin, beliau boleh melanggar undang-undang yang ada.

Terdahulu, Tun Mahathir serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah telah menyertai perhimpunan tersebut pada Sabtu dan Ahad lalu di ibukota dan meluangkan masa sekitar 20 minit bersama-sama peserta yang lain.

Meskipun mengkritik Tun Mahathir, Azalina sempat juga memuji sikap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal yang tidak menyertai perhimpunan tersebut walaupun telah disingkirkan dari Kabinet Julai lalu.

“Saya puji Muhyiddin dan Shafie sebab tidak turun ke demonstrasi itu kerana itu bukan cara kita,”ujarnya.

Azalina turut berkata, setiap ahli UMNO mempunyai cara tersendiri dan berpeluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan.

“Kita ada mesyuarat Majlis Tertinggi, mesyuarat bahagian. Kita patut bincang pendapat dengan cara ini. Tapi bila kita ke jalan raya, ini sangat mendukacitakan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");