Panasnya Hari Ini

BERSIH 4 : Anwar Hargai Kehadiran Mahathir & Rakyat

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu dan Ahad lepas.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat yang menghadiri perhimpunan tersebut dan menyifatkan ianya adalah satu kejayaan yang amat besar.

“Saya juga mengalu-alukan kehadiran Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam turut menyertai perhimpunan BERSIH4.

“Saya ucap tahniah kepada beratus ribu rakyat Malaysia yang sertai perhimpunan aman BERSIH 4, ia merupakan suatu kejayaan amat besar yang memberi fokus penting kepada tuntutan-tuntan BERSIH yang sah dan patut,”katanya, memetik laporan Malaysian Insider.

Menerusi perutusan tersebut, Anwar turut menghargai kecekalan yang ditunjukkan rakyat dalam meneruskan perjuangan menentang rasuah dan penipuan walaupun diugut serta dihalang oleh kerajaan.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana didapati bersalah kerana meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Tambah Anwar lagi, perhimpunan tersebut turut membuktikan bahawa rakyat Malaysia matang dan bertanggungjawab dalam melaksanakan hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Terdahulu, Tun Mahathir turut menjelaskan kehadiran beliau ke perhimpunan tersebut kerana mahu mencari penyelesaian kepada kemelut yang terjadi.

“Hanya dengan suara keramat rakyat, dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

“Oleh itu, saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran BERSIH yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah,”katanya menerusi blog beliau, chedet.cc.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");