Panasnya Hari Ini

BERSIH 4 : Tiada Keperluan Panggil Mahathir – Maria Chin

Foto:- MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk pihak Polis memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kehadiran mantan Perdana Menteri itu menyertai perhimpunan BERSIH 4 pada Sabtu dan Ahad lepas.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, kehadiran Tun Mahathir adalah atas kapasiti peserta sahaja, sama seperti yang lain.

“Tidak ada keperluan untuk memanggil beliau (Mahathir) atau mana-mana peserta yang hadir dalam perhimpunan BERSIH 4,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataannya berkata, bekas Perdana Menteri yang mentadbir selama 22 tahun itu akan disiasat kerana hadir ke perhimpunan tersebut.

Tambahnya, polis akan menyiasat Tun Mahathir kerana didakwa membuat ucapan dan dakwaan tertentu ketika perhimpunan tersebut.

Terdahulu, Tun Mahathir hadir ke BERSIH 4, dua kali pada hujung minggu lalu.

Tun Mahathir menyertai perhimpunan tersebut pada Sabtu petang sebaik tiba di Kuala Lumpur selepas tamat program di Johor Bahru.

Kali kedua beliau hadir adalah pada Ahad, dan meluangkan masa sekitar 20 minit di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Kehadiran Tun Mahathir bersama isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengejutkan banyak pihak dan mengundang pelbagai reaksi banyak pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");