Panasnya Hari Ini

BN Tidak Akan Jatuh Setelah Najib Disingkir – Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan jatuh biarpun setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan.

Berikutan itu, beliau merayu kepada Dewan Rakyat UMNO dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib.

“Selagi Najib berkuasa selama itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), hutang Negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbillion duit rakyat disalahgunakan.

“Inilah nasib yang menunggu Malaysia kerana Najib,”katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau, chedet.cc.

Bekas Perdana Menteri yang mentadbir selama 22 tahun itu turut menjelaskan penyertaan beliau dalam tunjuk perasaan anjuran BERSIH pada Sabtu dan Ahad lepas adalah kerana Najib telah bertindak memusnahkan institusi-institusi Kerajaan yang ditugaskan untuk melindungi rakyat.

“Segala cara menukar Perdana Menteri yang mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara sudah ditutup oleh Najib.

“Hanya dengan suara keramat rakyat dibantu dengan undi tidak percaya Dewan Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan Najib dan menyelamatkan Negara daripada perasuah.

“Oleh itu, saya terpaksa menyertai demonstrasi jalanan anjuran BERSIH yang bertema singkirkan Najib kerana rasuah,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");