Sukan Hari Ini

Bos F1 dapat amaran Itali

Monza: Perdana Menteri Itali Matteo Renzi meninggalkan mesej ringkas kepada bos Formula Satu (F1) Bernie Ecclestone: “Biarkan Monza bersendirian.”

“Itulah apa yang saya akan beritahu Ecclestone. F1 tidak bergantung sepenuhnya kepada wang. Ia juga ada kaitan dengan sejarah,” kata Renzi memberitahu sebuah stesen radio Itali, semalam selepas Ecclestone memberi amaran terhadap masa depan Grand Prix Itali.

Tiada sirkit menjadi tuan rumah F1 sekerap Monza yang mula digunakan sejak kalendar perlumbaan sulung F1 1950.

Litar itu hanya sekali tidak digunakan pada 1980 apabila Imola menjadi tuan rumah.

Monza terletak berhampiran Milan akan digunakan untuk perlumbaan F1 GP Itali edisi ke-65.

Renzi akan menyampaikan trofi kejuaraan kepada pemenang Ahad ini.- AP

-http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");