Jenayah

Bunyi letupan kejutkan suami isteri dari kebakaran

KUALA LUMPUR: Bunyi letupan dari luar rumah mereka telah menyelamatkan sepasang suami isteri daripada menjadi mangsa kebakaran yang melibatkan lapan buah bengkel di Jalan Antai Kanan 4, Kepong Baru di sini.

Pemilik kedai membuat kimpalan pagar, P. Thanagopal, 45, berkata beliau hanya menyedari mengenai kebakaran itu apabila terdengar bunyi letupan seakan mercun dari luar rumahnya kira-kira jam 5.45 pagi tadi.

“Saya terkejut dengar bunyi letupan itu dan segera keluar rumah lalu melihat api yang sedang marak pada zink sebuah bengkel kereta,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Thanagopal yang menetap di kawasan itu sejak 15 tahun lepas berkata beliau dan isterinya lalu segera menyelamatkan diri tanpa sempat membawa barangan mereka kecuali motosikalnya.

“Apa lagi mahu buat, benda sudah jadi, yang penting keluarga saya selamat,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Noor Azhar Tajudin berkata lapan buah kereta dan dua motosikal hangus dalam kebakaran itu.

“Bomba terpaksa menggunakan paip sambungan untuk mendapatkan air di sungai yang agak jauh dari tempat kejadian,” katanya.

Punca kebakaran masih disiasat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");