Jenayah

Buruh didakwa rompak peniaga

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak salah atas tuduhan cuba merompak seorang peniaga wanita di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Muhamad Faizol Junoh, 27, memohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Dia didakwa cuba merompak beg tangan milik Rasyidah Razali, 18, di Jalan Panchor, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 3.50 pagi, 13 Julai 2015.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias tidak menawarkan jaminan tertuduh susulan tuduhan serius yang dihadapi.Tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika diberi peluang bagaimanapun tidak mengemukakan rayuan terhadap jaminan.

Mohamad Nasrudin tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 1 Oktober depan.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki terpaksa berputih mata selepas cubaannya meragut beg tangan milik seorang wanita gagal, sebaliknya dia pula ditahan.

Kejadian berlaku pada jam 3.50 pagi, ketika mangsa bersama seorang rakannya menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari Wakaf Che Yeh ke rumahnya di Kemumin, Pengkalan Chepa.

Tanpa disedari seorang lelaki tidak dikenalinya yang turut menunggang motosikal mengekori mangsa sebelum cuba mengambil beg tangan mangsa, namun gagal.

Suspek yang berang kemudian bertindak menendang motosikal tetapi mangsa berjaya mengelakkan daripada terbabas dan suspek pula ditangkap orang ramai.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");