Perak Hari Ini

Cinta Rasul-Taiping Berselawat 2015 Pada 9 Oktober ini

TAIPING: Program Cinta Rasul-Taiping Berselawat 2015 akan berlangsung pada 9 Oktober ini sebagai acara penutup sempena program sambutan hari ulangtahun Perbandaran Taiping ke-36 dan hari kemerdekaan ke-58.

Program julung kalinya dianjurkan di Taiping itu juga akan disiarkan secara langsung melalui stesen TV Al-Hijrah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abdul Rahim Md Arif berkata, majlis tersebut bakal menghimpunkan seluruh rakyat Perak khususnya yang beragama Isam.

Orang ramai juga digalakkan untuk hadir berpakaian jubah serba putih.

“Kita akan dapat lihat lautan manusia memenuhi sekitar kawasan Taiping,” katanya.

Program Cinta Rasul-Taiping Berselawat 2015 dianjurkan oleh kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan, Pejabat Menteri Besar Perak dan MPT.

Majlis ini  juga dijangka akan melibatkan penyertaan oleh  5,000 orang pelajar tahfiz dari seluruh Perak.

Habib Syeikh Abdul Qadir Assegaf dari Indonesia bakal mengetuai bacaan selawat dan dianggarkan seramai 50 000 orang pengunjung akan menyertai majlis ini.

Majlis yang dijangka berlangsung di Jalan Taming Sari, berhadapan dengan Wisma Majlis Perbandaran Taiping dan bermula selepas solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah.

Para pengunjung dinasihatkan supaya membawa alas duduk seperti tikar dan pakaian bersesuai untuk bersolat seperti telekung dan sejadah kerana dikhuatiri kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan tidak mencukupi untuk semua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");