Membawang Hari Ini

Curang Dengan Eva Mendes, Ryan Gosling & Emma Stone Jalin Skandal

SEBELUM ini Ryan Gosling dan Eva Mendes cukup bahagia dengan kehadiran buah hati mereka, Esmeralda.Namun sayangnya pasangan itu kini berdepan dengan masalah rumah tangga yang besar.

Menurut laporan Hollywoodlife, Ryan dikatakan berlaku curang terhadap Eva gara-gara menjalinkan hubungan skandal dengan aktres Emma Stone.

“Ryan dan Emma terlibat dalam cinta lokasi. Sudah berapa kali Ryan membuat pengakuan kepada Eva bahawa Emma sekadar teman biasa, Eva tahu mereka mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.

“Malah Eva tidak lagi mempercayai Ryan dan menganggap ini adalah masa tepat untuk mereka berpisah,” kata sumber.

Seperti yang diketahui ramai, hubungan Emma dan Ryan sememangnya rapat. Selain bergandingan dalam filem La La Land, mereka juga pernah bekerjasama dalam dua buah filem lain.

Sehingga kini, Ryan mahupun Emma belum memberi penjelasan berkenaan kontroversi ini.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");