Isu Panas

DAP gesa polis ambil tindakan

SHAH ALAM – DAP menggesa polis segera bertindak terhadap pihak yang membakar patung menyerupai dua pemimpin utama parti itu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seremban, semalam oleh Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong.

“Polis perlu segera buru tukang bakar patung itu seperti mana polis buru individu yang memijak gambar Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Presiden Pas, (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

“Jangan ada sikap double standard, kami mahu lihat sejauh mana polis akan bertindak terhadap insiden itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan oleh sekumpulan baju merah di dalam video terbabit boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

“Kita kecam tindakan ekstrem yang dibuat pihak terbabit. Ini satu provokasi yang keterlaluan.

“Perbuatan itu dilihat satu tindakan sengaja oleh pihak Umno Kota Baharu untuk pecah belah rakyat,” katanya.

Semalam, tersebar sebuah video berdurasi empat minit yang mana turut disertai Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh membakar patung menyerupai Penasihat DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang yang memakai baju Bersih 4.0.

Video itu didakwa sebagai pra Himpunan Baju Merah yang bakal diadakan pada 16 September ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");