Perak Hari Ini

Desa Bina Upaya, Bantu Golongan Bawahan Miliki Rumah

SEGARI: Projek Pembangunan Desa Bina Upaya bakal diwujudkan untuk membantu golongan keterbawahan di negeri Perak bagi memiliki rumah sebagai tempat perlindungan yang lebih selesa.

Projek yang menelan belanja hampir RM1.65 juta untuk pembinaan 21 buah rumah tersebut akan dibina di Kampung Tanjung Batu di sini.

Pengerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), Datuk Saarani Mohamad berkata, projek berkenaan merupakan tindakan bersepadu yang diambil oleh YBUDR dengan kerjasama beberapa pihak untuk membangunkan penempatan tersusun bagi golongan tersebut.

PERAK TODAY 12

“Program ini adalah seiring dengan hasrat pengwujudan YBUDR yang membawa misi utama golongan keterbawahan di negeri ini iaitu untuk membasmi kemiskinan, membangunkan kapasiti dan juga keupayaan kumpulan sasar.

“Ia juga merupakan simbolik kepada iltizam dan komitmen yang berterusan oleh Menteri Besar melalui YBUDR yang mahu rakyat di negeri ini ‘tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir’,” katanya.

Ujar Saarani lagi, pemilik yang dipilih pada kali ini adalah daripada individu yang menepati kriteria yang telah ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan.

PERAK TODAY 14

Tambahnya, masalah yang timbul pada masa ini adalah pemohon yang terlalu ramai, namun bukan semua menepati kriteria yang mana terdapat pemohon yang telah memiliki rumah tetapi masih memohon untuk anak mereka dan ada juga yang digunakan untuk sewa.

“Kita hendak memberikan kepada orang yang memenuhi kriteria yang mana orang itu belum ada rumah, mempunyai kemampuan untuk membayar RM250 sebulan selama 20 tahun, telah berkahwin, berpendapatan bawah RM3,000 dan berumur dalam lingkungan 35 hingga 45 tahun.

“Sebab itu kita memilih mereka yang sekarang ini hanya menyewa rumah pada kadar RM200 hingga RM250 sebulan. Pada akhirnya, rumah ini akan menjadi milik mereka sendiri,” tambahnya.

PERAK TODAY 10

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Desa Bina Upaya di sini, hari ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan terdapat pihak yang mahu membantu dalam menjayakan Skim SRIA (SKIM Infa Bina Upaya) ini.

“Kalau kita dapat jayakan, kita hendak pergi ke beberapa daerah lain, kerana ianya mungkin dapat dilakukan dengan kaedah yang sama.

“Kita harapkan kalau ada mana-mana yayasan yang besar, persatuan ataupun Kerajaan Persekutuan yang mahu menyumbang wang bagi projek SRIA ini kerana kerajaan negeri hanya memperolehi RM10 juta sahaja setahun,” katanya lagi.

PERAK TODAY 8

Terdahulu, seramai 21 orang telah menerima geran hak milik dan perjanjian pembiayaan perumahan Desa Bina Upaya yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam majlis berkenaan.

Dalam majlis itu juga, Zambry telah melakukan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Desa Bina Upaya di tapak projek berkenaan.

Desa Bina Upaya adalah sebuah penempatan khusus untuk ‘golongan sasaran’ yang mana peserta yang dipilih adalah mereka yang layak untuk diberikan pinjaman rumah tanpa faedah.

PERAK TODAY 9

Tempoh pinjaman yang telah diberikan kepada peserta adalah maksima 20 tahun yang mana peserta hanya perlu menanggung kos pinjaman RM62,000 untuk sebuah rumah IBU (Skim Infra Bina Upaya) yang mempunyai tiga bilik.

Kos keseluruhan untuk membina sebuah rumah adalah sebanyak RM95,200 yang mana peserta hanya perlu membayar RM62,000, manakala anggaran bagi kos infrastruktur sebanyak RM33,333 pula akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");