Sukan Hari Ini

Di Maria menyerlah

Paris: Angel Di Maria dan Edinson Cavani menjaringkan gol ketika Paris Saint-Germain memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan nota kemenangan selepas mengatasi Malmo 2-0 di Parc des Princes, awal pagi semalam.

Di Maria menjaringkan gol selepas hanya empat minit tetapi PSG terlepas beberapa peluang untuk menambah kelebihan hinggalah Cavani menanduk masuk gol kedua pada minit ke-61.

Ketika Real Madrid dan Shakhtar Donetsk turut berada dalam Kumpulan A, PSG sedar mereka memerlukan permulaan baik ke atas juara Sweden itu jika mahu layak ke pusingan kalah mati atau memperbaiki kedudukan di suku akhir sejak tiga edisi lalu.

Walaupun muncul pemenang, PSG yang dibimbing Laurent Blanc gagal menghasilkan aksi terbaik dan Zlatan Ibrahimovic banyak melepaskan peluang di depan gawang lawan sebelum dia direhatkan.

“Bukan mudah untuk menang sama ada di tempat sendiri atau di tempat lawan dalam saingan Liga Juara-Juara. Justeru, kemenangan 2-0 ini selain menyukarkan lawan dan dapat bertahan dengan baik, boleh dianggap sebagai permulaan yang bagus. Bagaimanapun, kami perlu memperbaiki permainan,” kata Blanc.

“Ia berjalan lancar. Kami mahu menang dan ia berjaya dicapai walaupun saya sedikit kesal kerana kami tidak menjaringkan satu atau dua gol lagi.” – AFP

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");