Jenayah

Dua mengaku sokong IS

Kuala Lumpur: Dua lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah cuba memberi sokongan kepada kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS), tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap arkitek, Mohd Syafrien Rasid, 27, dan juruteknik, Mohd Yusoffe Ishak, 27 dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 25 September 2014.

Mereka didakwa mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, dalam percubaan memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan itu.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kaunter Imigresen, Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA, Sepang pada 8.55 pagi, 25 September 2014.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");