Sukan Hari Ini

Edeh tak sabar gempur lawan

Alor Setar: Selepas ketandusan gol sepanjang dua perlawanan pertama Piala Malaysia, ayam tambatan Kedah Chidi Edeh tidak sabar untuk kembali menggegar gawang ketika bertemu Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II) di Stadium Darulaman malam ini.

Menurutnya, dia memang kecewa selepas gagal menemui sasaran sepanjang 180 minit lalu, tetapi teruja kerana masih mampu membantu rakan sepasukan menjaringkan gol bagi memastikan mereka menang setiap perlawanan diharungi.

“Inilah nasib penyerang. Peminat mengharapkan saya menjaringkan gol setiap perlawanan. Tapi bukan saya yang menentukan sasaran itu ditepati kerana nasib juga memainkan peranan besar.

“Bagi saya tidak kira siapa yang menjaringkan gol, apa yang penting tiga mata dimiliki Kedah. Ada kalanya saya beraksi baik tapi tidak menemui sasaran. Tapi ada perlawanan saya seperti tidak boleh diharapkan namun boleh menjaringkan gol.

“Ketika ini saya amat gembira kerana isteri dan dua anak sudah berada di Alor Setar dan kehadiran mereka serta kata-kata semangat peminat membakar semangat untuk memberikan yang terbaik setiap perlawanan,” katanya.

Katanya, kombinasi bersama Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Baddrol Bakhtiar serta Syazwan Zainon sudah bertambah baik dan ini terbukti ketika mengharungi beberapa perlawanan terakhir Liga Perdana dan juga dua perlawanan Piala Malaysia.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");