Panasnya Hari Ini

FAM Perlu Ambil Tindakan Segera-KJ

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendesak Presiden FAM supaya mengambil tindakan segera berikutan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kebangsaan baru-baru yang cukup mendukacitakan.

Memetik sumber daripada Mstar, beliau berkata demikian selepas merasmikan Program FitMalaysia peringkat negeri Terengganu hari ini.

Tegas beliau lagi, satu tindakan perlu diambil terhadap orang ‘sekeliling’ dalam persatuan.

Tambahnya lagi ianya secara langsung membuktikan bahawa mereka di FAM tidak layak bersama persatuan.

“Mereka patut mula bertanya diri mereka adakah mereka patut terus berada di sana dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku, walaupun selepas insiden memalukan seperti itu,” katanya.

Terdahulu, Malaysia telah dibelasah teruk 10-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan merupakan sejarah yang cukup mengecewakan.

Khairy turut mengulas tindakan jurulatih pasukan tersebut Dollah Salleh adalah tindakan yang betul kerana beliau tidak mempunyai pilihan lain selepas prestasi yang memalukan.

Beliau dijangka akan mengadakan pertemuan dengan FAM laporan terperinci mengenai senario yang berlaku perlu diperjelaskan.

“Tetapi jika FAM masih berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku dan datang dengan alasan kitar semula mereka maka saya tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan pilihan terakhir, iaitu untuk menggantung FAM.

“Sehingga hari ini bola sepak Malaysia telah jatuh ke tahap tercorot,” katanya.

Selaku seorang menteri beliau menegaskan bahawa beliau mempunyai bidang kuasa untuk menggantung FAM, tetapi keputusan itu akan membawa kepada penggantungan FAM di peringkat antarabangsa.

“Kita boleh mengikut jejak langkah Indonesia yang melakukan perkara yang sama. Tetapi jika itu terpaksa dilakukan, pasukan bola sepak Malaysia tidak boleh mengambil bahagian dalam Sukan Sea 2017 di mana Malaysia adalah tuan rumah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");