Sukan Hari Ini

Fazrul enggan dabik dada

Kuala Lumpur: Pendahulu CP130, Ahmad Fazrul Sham tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kelebihan besar ke atas pencabar terdekat, Ahmad Fazli Sham menjelang saingan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, minggu ini.

Pelumba Yamalube AHM itu yang mendahului senarai keseluruhan dengan 95 mata termasuk kemenangan hatrik di Terengganu (Pusingan 4), Melaka (Pusingan 5) dan Kangar (Pusingan 6), kini mendahului abangnya, Fazli yang menjuarai pusingan pembukaan di Batu Kawan dengan 25 mata.

Sebelum itu Fazrul sekadar mempunyai kelebihan enam mata, namun semakin melebarkan jurang selepas pencabarnya dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor itu menamatkan saingan di tempat ke-10 sewaktu perlumbaan di Kangar.

Meskipun begitu Fazrul tetap mensasarkan kedudukan podium untuk terus mempertahankan kedudukan pendahulu pada baki empat pusingan terakhir ini.

“Jumlah 25 mata ini tidak begitu memberikan kelebihan kerana masih ada 100 mata maksimum dipertaruhkan.

“Bukan mudah untuk mengekalkan kelebihan jurang mata ketika ini kerana sudah tentu semua pelumba tidak akan membiarkan saya menang. Sebarang kesilapan kecil boleh membawa perubahan besar, jadi saya perlu sekurang-kurangnya dapat menamatkan perlumbaan di atas podium,” katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");