Jenayah
Like

GRO warga asing ditahan

September 27, 2015
176 Views
0 Comments
1 minute read
GRO warga asing ditahan

Georgetown: Dua puluh wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kedah, di sini malam semalam.

Serbuan pada 7.30 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hasil intipan, pemantauan dan maklumat awam yang diterima.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan 14 wanita adalah warga Vietnam manakala enam lagi adalah warga China.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an dipercayai penjaga premis kerana disyaki melindungi dan mengaji pekerja warga asing tanpa kebenaran dan kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 6(3) dan 39 (b) Akta Imigrsen 1959/1963 kerana tidak memiliki permit kerja serta menyalahgunakan pas lawatan sosial dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya atau tidak melebihi enam kali sebatan.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 55(b) akta yang sama iaitu melindungi dan mengajikan pekerja warga asing tanpa kebenaran dan sabit kesalahan boleh di denda tidak kurang RM10,000 atau tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat

Leave a Reply