Sukan Hari Ini

Hanson, Carter perkasa Wallabies

Sydney: Australia memanggil James Hanson dan Sam Carter untuk menyertai skuad mereka selepas Wycliff Palu dan Will Skelton tidak dapat beraksi pada Ragbi Piala Dunia berikutan kecederaan ketika menang ke atas Uruguay.

Palu yang tidak dapat beraksi pada aksi pertama Wallabies menentang Fiji mengalami kesakitan di bahagian hamstring manakala Skelton berdepan kecederaan otot dada ketika perlawanan di Villa Park, Birmingham, Ahad lalu yang dimenangi Australia 65-3.

Antara dua pemain itu backrow forward, Palu, 33, yang mewakili negaranya 56 kali dilihat sebagai sandaran utama untuk menyertai perlawanan penting Kumpulan A dengan pasukan tuan rumah England di Twickenham, Sabtu ini.

Jurulatih Michael Cheika mengakui beliau kecewa dengan ketiadaan dua pemain itu yang menjalani ujian imbasan kelmarin.

“Daripada pandangan pasukan, kedua-duanya menggalas tugas penting untuk pasukan ini dan amat mengecewakan kerana kami perlu menggantikan pemain dalam pasukan,” katanya.

Cheika yakin Hanson, 27, yang memegang posisi hooker serta Carter, 26, di posisi lock mampu menjadi pengganti terbaik buat dua pemain itu untuk pasukan yang memenangi dua perlawanan setakat ini tetapi berdepan dua perlawanan mencabar menentang England dan Wales.

“Kedua-dua James dan Sam sebahagian daripada pasukan ini dalam pelbagai peringkat musim ini dan saya yakin mereka mampu bangkit dan merebut peluang,” katanya. – AFP

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");