Isu Panas

‘Hanya sekadar usul, bukan desakan’

SHAH ALAM – Usul Umno Bahagian Sungai Besar meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat daripada posisi timbalan presiden parti tidak mewakili keseluruhan negeri Selangor.

Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz menegaskan, usul yang diluluskan Umno Bahagian Sungai Besar kelmarin hanyalah sekadar usul bukannya bersifat desakan.

“Pendapat saya itu bukan desakan ia cuma usul dari Sungai Besar sahaja.

“Sebarang usul dari bahagian perlu dibawa ke Umno Malaysia. Bahkan, permintaan supaya Tan Sri Muhyiddin melepaskan jawatan timbalan presiden parti tidak melambangkan hasrat semua bahagian di Selangor,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Penyelaras Adun BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, usul yang diluluskan Umno Sungai Besar itu adalah hak bahagian berkenaan.

“Itu hak bahagian berkenaan perkara yang penting ialah mengekalkan keharmonian dalaman parti.

“Jangan sampai hilang fokus untuk memenangi PRU14. Kepimpinan parti harus seia sekata, sehati sejiwa dengan fokus yang sama,” katanya.

Adun Batang Kali itu mengingatkan bahawa ahli yang menentukan jawatan parti seseorang pemimpin dan lazimnya melalui proses pemilihan yang ditentukan pihak parti.

Kelmarin lebih dua pertiga perwakilan Umno Sungai Besar meluluskan usul meminta Muhyiddin melepaskan jawatan selaku timbalan presiden parti untuk digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Cadangan itu dibawa oleh Ketua Umno Bahagian berkenaan, Datuk Jamal Md Yunus dan disokong 274 perwakilan manakala baki 171 membantah.

Jamal memberi alasan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan pembantu yang setia dan Umno tidak boleh memiliki dua nakhoda.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");