Sukan Hari Ini

Harimau sedia rentap

SELURUH pemain Harimau Malaya kini bersedia diturunkan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Zayed, malam esok.

Walaupun bakal berdepan cuaca panas 44 darjah celsius di laman lawan, skuad kendalian Dollah Salleh itu tetap tenang dan menjalani rutin latihan seperti biasa sejurus tiba di Abu Dhabi.

Menurut pemain bek kiri skuad negara, Zubir Azmi, suhu di UAE begitu panas namun enggan menjadikan satu alasan tidak beraksi baik pada pertemuan genting itu.

“Kita duduk dekat Abu Dhabi sudah memasuki hari kedua. Cuaca di sini amat bahang dan sukar untuk bernafas.

“Semalam (kelmarin) kami sudah turun latihan dan sedia untuk perlawanan melawan UAE. Saya harap penyokong memberi sokongan dan mendoakan kejayaan pasukan,” katanya.

Sementara itu, nada sama disuarakan kapten Pahang, Razman Roslan ketika diajukan persoalan oleh media dia memberitahu, rakan sepasukan akan memberi komitmen 100 peratus atas padang.

Pada perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste, Harimau Malaya sekadar seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Jun lalu dan sebelum dibelasah Palestin 0-6 dalam perlawanan kedua pada 16 Jun.

Malaysia kini di tangga tercorot selepas dua perlawanan Kumpulan A dengan mengutip satu mata, di belakang Timor Leste.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");