Panasnya Hari Ini

Hentikan Isu Bai’ah- PAS

KUALA LUMPUR: Pas meminta agar semua pihak menghentikan pertikaian mengenai isu bai’ah dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan hukum.

Timbalan Presiden PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi catatannya di laman Facebook milik beliau, menerangkan bahawa perbincangan secara terbuka telah menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

“Pihak yang terlibat mesti merujuk kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan sesuatu isu yang melibatkan hukum syarak.

“Oleh kerana ia melibatkan hukum syarak yang mempunyai implikasi yang banyak, maka wajar bagi semua menyerahkan kepada pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum bagi memutuskannya,” katanya.

Beliau turut menasihati pihak yang terlibat dalam bai’ah supaya melihat persoalan ikrar yang dilafazkan.

“Pas tidak membeli ketaatan dengan duit. Pas memberi kepercayaan penuh kepada calon-calonnya, termasuk kerusi-kerusi selamatnya, melalui lidahnya berdasarkan bai’ah mereka dengan Allah.

“Pas meletakkan kepentingan perjuangan parti setara dengan keluarga dan orang tersayang, dan berharap mereka yang berbai’ah tidak mengkhianati kedua-duanya pada masa yang sama,” ujarnya.

Uajrnya, orang yang melanggar sumpah boleh membayar kifarat tetapi tidak bermakna mereka terlepas dari janji tersebut.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");