Jenayah

Hilang ikut lelaki tak dikenali

Alor Setar: “Sesiapa yang terjumpa anak istimewa saya, tolong pulangkan. Saya buntu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya,” kata Hazani Hashim, ibu kepada Muhammad Yusri Nayan, 15, yang dilaporkan menghilangkan diri sejak 8 September lalu.

Difahamkan, Muhammad Yusri yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam dipercayai mengikut seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa beg pakaian kira-kira jam 8 malam pada hari kejadian.

Hazani, 47, dari Flat Seri Gemilang, Mergong, di sini, berkata, rakan kepada anaknya sempat melihat Muhammad Yusri mengikut lelaki itu tetapi tidak mencatat nombor pendaftaran motosikal kerana tidak mengesyaki apa-apa.

Katanya, anak kedua daripada tiga beradik itu turut membawa semua dokumen peribadi termasuk pakaian dan beg sekolah ketika keluar dari rumah.

“Pada hari kejadian, saya sedang memasak di dapur dan tidak mengetahui anak saya hendak ke mana kerana menyangka dia mungkin mahu ke surau berhampiran seperti kebiasaannya.

“Saya hanya menyedari kehilangannya selepas menunggu sehingga jam 12 tengah malam dan dia masih tidak pulang.

“Selepas puas mencari di merata tempat sehingga ke Perlis, kami sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada 11 September lalu untuk memaklumkan kehilangannya,” katanya di pejabat Skuad Rondaan Keselamatan MCA (CRSM) Kota Setar, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua CRSM Pokok Sena Fong Tan Kooi berkata, pihaknya akan membantu keluarga itu mengesan Muhamad Yusri dengan menyebarkan maklumat mengenai remaja berkenaan termasuk di Facebook (FB).

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi CRSM di talian 010-5652011.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");