Panasnya Hari Ini

Himpunan Baju Merah 2.0 Akan Ada, Jika Bersih 5.0 Ada- Penganjur

KUALA LUMPUR:Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau Baju Merah menyatakan kesediaan untuk terus mengadakan himpunan tersebut sekiranya demonstrasi Bersih 5.0 diadakan kelak.

Menurut Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos pihaknya tidak gentar untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan waktu yang sama dengan Bersih 5.0.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday hari ini, dengan kehadiran kehadiran 300,000 peserta tidak mengentarkan mereka untuk turut berhimpun pada masa yang sama dengan perhimpunan Bersih tersebut.

“Kalau Bersih nak buat lagi, kita akan turun pada tarikh yang sama. Jangan cabar kami, kerana semalam (16 Sept) kami sudah buktikan,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata, Himpunan Baju Merah semalam telah membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih lagi mendapat sokongan daripada rakyat.

“Anggaran 300,000 peserta itu berjaya dicapai dan masih ramai lagi yang tidak dapat masuk ke Padang Merbok. Semalam juga seramai satu juta orang telah pakai baju merah.

“Inilah suara rakyat yang masih menyokong Najib serta barisan kepimpinan yang dilantik beliau,” ujarnya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Bagaimannapun Jamal tidak mendedahkan sumber statistik mengenai kehadiran 300,000 peserta perhimpunan itu.

Beliau turut menegaskan bahawa kritikan dan laporan berita mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan isu wang derma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri hanyalah fitnah semata-mata yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");