Panasnya Hari Ini

Himpunan Baju Merah: Perhimpunan Itu Hanya Menjatuhkan Imej UMNO – PAS

KUALA LUMPUR: Himpunan Baju Merah yang akan diadakan esok akan merosakkan serta menjatuhkan imej UMNO sendiri.

Kenyataan itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi kenyataan medianya hari ini, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tuan Ibrahim berkata, perhimpunan itu merupakan tindak balas penyokong UMNO ternyata telah membuktikan bahawa PAS dan UMNO adalah dua parti yang berbeza dari segi tindakan dan adat berpolitik.

“Di BERSIH 4.0, ada usaha pihak tertentu membuat provokasi meletekkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dipijak sebagai simbolik antara PAS dan UMNO. Tapi, hakikatnya usaha provokasi ini gagal.

“Lihatlah bagaimana UMNO bertindak balas dengna upacara membakar patung pemimpin pembangkang sebelum perhimpunan baju merah yang bakal diadakan esok,”katanya.

Beliau turut berkata, tindakan yang dilakukan oleh beberapa individu yang memijak gambar Presiden PAS dan Perdana Menteri pada perhimpunan BERSIH 4.0 yang lalu disifatkan sebagai suatu reaksi yang biasa daripada organisasi yang sihat.

“Bagi Presiden PAS, tindakan itu dianggap sebagai tindakan mereka yang tidak faham dengan keadaan semasa. Lebih mengharukan apabila Presiden PAS memaafkan tindakan mereka.

“PAS cuma menegur, satu reaksi biasa daripada organisasi yang sihat, apabila melihat pemimpinnya dijadikan bahan provokasi oleh golongan yang tidak bermoral,”jelasnya.

Tambahnya lagi, kini juga tiba masanya untuk rakyat menunggu reaksi daripada Datuk Abdul Rahman Dahlan yang meminta penganjur BERSIH 4.0 membayar bil pembersihan berjumlah RM65,000.

“Apakah pula nilai bil membersihkan Kuala Lumpur yang akan diterima penganjur selepas perhimpunan nanti?

“Apakah pihak berkuasa boleh bertindak secara konsisten dan adil? Semua ini akan dinilai rakyat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");