Panasnya Hari Ini

Insiden Pijak Gambar PM Dan Hadi, Tindakan Amat Biadap -Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR: Tindakan peserta Bersih 4.0 baru-baru ini yang bertindak memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah satu tindakan yang biadap dan tidak bersesuaian dengan budaya Malaysia.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin perbuatan itu juga mengguris perasaan pelbagai pihak.

“Perbuatan peserta Bersih 4.0 memijak gambar Perdana Menteri dan Hadi Awang, adalah satu perbuatan yang teramat biadap.

“..Ini membuatkan orang Melayu merasakan diri mereka dihina oleh bangsa lain di tanah air sendiri,” katanya memetik laporan Freemalaysiatoday hari ini.

Beliau turut menyifatkan perbuatan itu juga adalah permainan kotor DAP kerana ianya perbuatan yang hampir sama dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

“Saya tidak hairan kerana inilah permainan kotor DAP dari dulu lagi, di mana, Lim Guan Eng pun pernah memijak gambar pemimpin negara,” katanya.

“Orang Melayu perlu sedar kalau kita berpecah inilah akibatnya…bangsa kita tidak dihormati orang lain,” katanya.

Malah katanya juga beliau tidak menafikan akan berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu disebabkan insiden berkenaan.

Beliau turut berkata insiden tersebut tidak memerlukan pemohonan maaf daripada pihak penganjur perhimpunan tersebut.

“Tak sesuai untuk mereka meminta maaf, kerana mereka bukan manusia yang boleh minta maaf,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");