Panasnya Hari Ini

Isu Perkauman: Muhyiddin Sifat Pemimpin Politik Mahu Berlagak Sebagai Hero

KUALA LUMPUR:Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati supaya cetusan unsur perkauman yang mula ditunjukkan kini perlu dihentikan segera bagi memgelakkan ianya menganggugugat keharmonian negara.

“Ia tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal yang menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain,” katanya memetik laporan Sinar harian.

Tambahnya lagi ianya tambah buruk apabila sentimen ini ditimbulkan oleh pemimpin politik yang seolah-olah beraksi sebagai seorang ‘Hero’.

“Lebih memburukkan keadaan kerana sentimen ini dibuat oleh pemimpin politik yang mahu berlagak seperti hero, sedangkan tindakan itu telah membuatkan rakyat berasa takut serta tidak selama berada dalam negara ini,” katanya ketika berucap pada program Membara Jasamu Dikenang, Umno Bahagian Pagoh 2015, Dewan Geliga Gersik, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa ianya tidak boleh dipandang ringan dan jika ianya berlarutan akan menimbulkan sifat perkauman yang menebal.

Ujarnya, sebagai sebuah negara yang sudah lama merdeka perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana Malaysia didiami oleh berbilang kaum.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");